landscape nature


Assalamualaikum semua, kali ini saya uploadkan gambar long exposure yang saya ambil sekitar minggu lepas. Sebenarnya saya masih kurang pengalaman dalam long exposure untuk shoot gambar seperti laut dan "air yang berasap" tu. Jadi saya hanya konsikan apa yang saya tahu je la..

Tips 1 : Sememangnya kena guna ND filter untuk shoot slow shutter / long exposure. Sebab gambar akan overexposed walaupun kita guna setting paling minimum contohnya ISO Lo1 (100), aperture f/22 untuk dropkan shutter speed jadi sekurang2nya 10 saat. Namun intensiti cahaya di waktu siang agak kuat dan keputusannya gambar masih lagi overexposed.

Tips 2 : Kalau tak ada filter anda masih boleh shoot cuma anda perlu shoot sebelum matahari terbit dan selepas matahari terbenam. Tapi masa tu perubahan kecerahan persekitaran sangat cepat. Contohnya selepas matahari terbenam langit akan jadi gelap dengan sangat cepat. Dalam masa 1 minit langit dah jadi jauh lebih gelap dari sepatutnya dan lain2 la.

Tips 3 : Konsep sama mengira exposure untuk shutter speed masih lagi digunakan. Cuma bagi yang kurang biasa ianya menjadi kompleks sebab hasil gandaan meningkat menjadi nombor yang sangat besar. Seperti yang kita semua tahu, gandaan shutter speed adalah dengan faktor 2. Contohnya nak jadikan gambar 1 kali ganda lebih cerah dari 1/100 saat adalah dengan mendarabkannya dengan 2 jadi hasilnya adalah 1/50. Dan konsepnya sama untuk slow shutter. Contohnya untuk cerahkan gambar sekali ganda dari shutter speed 4 minit adalah dengan mendarabkannya dengan 2. Jadi hasilnya adalah 8 minit.

Tips 4 : Lepas shoot long exposure di pantai saya menasihatkan anda lap dan bersihkan kamera anda terutama di bahagian lens sebab wap air laut akan melekat pada bahagian lens dan apabila tak dibersihkan segera akan melekat pada lens dan sukar untuk dibersihkan.

Apepun enjoy picture yang tak seberapa ni :

The Thunderstom in tanjung api  kuantan
The mirror at Pulau Duyung Cerating 


at Waterfron Kuching





Titiwangsa Lake




Kuala Kedah  Bridge


Black Stone, Balok Kuantan Pahang